- - https://sixpackerz.com/ 2020-03-15T12:33:53+00:00 8 Waterproof Jacket Terbaik Untuk Anda!
Congratulations! You've got free shipping
8 Waterproof Jacket Terbaik Untuk Anda!

Cuaca di Malaysia yang pelbagai telah menyebabkan ramai orang untuk mengambil langkah persediaan. Salah satu perkara yang anda boleh buat adalah membeli waterproof jacket.

 

Ini kerana Malaysia merupakan satu negara yang menerima air hujan dengan sangat banyak dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

 

Di dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda 8 waterproof jacket yang anda boleh beli untuk lindungi diri anda dari hujan.

 

8 Waterproof Jacket

 

1. DAIWA Camouflage Men Quick Dry Fishing Jacket Waterproof

 

Cadangan kami yang pertama adalah jaket yang dibuat oleh Daiwa. Ia merupakan jaket lelaki yang sesuai untuk mereka yang suka daki gunung dan sukan lasak.

 

Ia dibuat dari kain poliester dan bamboo fiber yang membuatkannya sangat selesa dan tidak berkedut dan cepat kering.

 

Selain dari digunakan untuk aktiviti-aktiviti, ia juga sesuai dipakai ke mana-mana kerana corak dan warnanya yang sangat menarik dan cantik.

 

Berikut adalah warna-warna yang anda boleh memilih untuk jaket ini yang bercorak camouflage:

 

  • Biru

  • Kelabu

  • Merah

  • Putih

 

Anda boleh memilih dari saiz S sehingga saiz XXL dan anda dicadangkan untuk memilih saiz biasa kerana jaket ini mempunyai saiz yang standard.




 

2. Shark Skin Waterproof Jacket

 

Cadangkan kami yang kedua adalah jaket yang dibuat dari kain DINTEX Soft Shell yang membuat anda untuk merasa sangat selesa semasa memakainya.

 

Selain dari kalis air, ia juga tahan angin dan membantu anda untuk menahan sejuk kerana kainnya yang tebal dan selesa.

 

Ia juga mempunyai banyak poket yang membolehkan anda untuk membawa banyak barang dan sesuai bagi mereka yang melakukan aktiviti yang memerlukan banyak alat.

 

Untuk mereka yang suka Velcro patch, jaket ini juga mempunyai 2 patch kosong yang anda boleh guna untuk meletakkan lencana anda.

 

Selain itu, berikut juga merupakan antara kelebihan lain jaket ini:

  • Tahan lasak

  • Anti UV

  • Anti scratch

  • Poket banyak (7 poket)

 

Anda boleh memilih dari 9 saiz iaitu dari saiz XS sehingga XXXXXL. Jaket ini juga mempunyai pilihan warna yang banyak iaitu 8 pilihan. Anda boleh memilih dari warna:

  • CP Hitam

  • Hitam

  • Kelabu

  • Hijau tentera

  • ACU Camo

  • CP Camo

  • Black Python

  • Biru navy


 

3. Jack Wolfskin Eagle Peak Jacket

Cadangan kami seterusnya adalah jaket dari jenama Jack Wolfskin. Ia mempunyai ciri-ciri yang bagus seperti coraknya dan kain jaket yang sangat selesa untuk dipakai.

 

Jaket ini sedikit berat berbanding dengan jaket lain namun tetap sesuai untuk dipakai untuk aktiviti lasak.

 

Ia sangat sesuai untuk mereka yang suka aktiviti seperti berkhemah dan mempunyai harga yang berpatutan bagi mereka yang mencari jaket yang berkualiti tinggi.

 

4. Paramo Alta III Waterproof Jacket

Jaket seterusnya adalah dari jenama Paramo dan dibuat dari kain Nikwax Analogy Waterproof yang boleh melindungi diri anda dari air hujan.

 

Selain itu, hood jaket ini juga boleh ditutup dan membolehkan anda untuk melihat walaupun dalam keadaan cuaca yang teruk. 

 

Ia mempunyai poket yang banyak iaitu 6 poket yang boleh dijumpai di seluruh jaket. 

 

Namun jaket ini tidak sesuai dipakai sebagai untuk penggunaan casual kerana ia dibuat untuk aktiviti yang lasak.

 

5. Adidas Terrex Myshelter Active Waterproof Jacket

Cadangan kami yang ke-5 adalah dari jenama yang sangat terkenal di seluruh dunia iaitu dari Adidas. 

 

Jaket ini dibuat dari kain 3L Gore-Tex Active membrane yang boleh lindungi anda dari keadaan cuaca yang teruk. 

 

Jaket ini juga sesuai untuk mereka yang berbasikal atau memandu motosikal kerana ia mempunyai hood yang besar dan boleh diubahsuai mengikut keperluan anda.

 

Anda boleh memilih dari pelbagai warna mengikut cita rasa anda.

6. Finisterre Stormbird Waterproof Jacket

Bagi mereka yang mencari jaket yang mesra alam, jaket dari Finisterre ini merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka. Ia dibuat dari bahan nilon yang telah dikitar semula 100%.

 

Kainnya yang lembut akan melindungi anda dari cuaca yang teruk dan tidak akan menyebabkan anda berpeluh dengan kuat semasa melakukan aktiviti seperti mendaki gunung.

 

Ia mempunyai pilihan untuk lelaki dan perempuan dan mempunyai 2 warna dan saiz yang pelbagai untuk memberi pilihan yang banyak kepada anda.

 

7. Helly Hansen Odin Mountain Infinity Shell Jacket

Seterusnya adalah jaket dari Helly Hansen yang telah dicipta untuk digunakan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Ia dibuat dari kain Lifa Infinity Pro yang membolehkannya untuk tahan lasak.

 

Ia mempunyai poket yang banyak dan mempunyai hood yang boleh diubahsuai jika anda memakai topi keledar. 

 

Corak jaket ini sangat cantik dan sesuai digunakan dan dipakai oleh semua orang.

 

8. Fjällräven Mens Keb Eco-Shell Jacket

Cadangan kami yang terakhir sesuai bagi mereka yang suka mendaki. Ini kerana corak dan penempatan poket di jaket ini telah direka untuk kesesuaian pendaki.

 

Ia juga mempunyai hood yang besar yang membolehkan anda untuk memakai topi semasa mengguna jaket ini. 

 

Ia dibuat dari Eco-shell fabric with DWR finish untuk memberi keselesaan yang maksimum kepada anda.

 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai waterproof jacket yang anda boleh beli untuk melindungi diri anda dari cuaca dan situasi yang teruk.

 

Jika anda mencari tempat untuk membeli barang dan produk fitness, Sixpackerz merupakan pilihan yang sangat bagus untuk anda!

 

Ini adalah antara barang yang anda boleh dapat dari katalog kami:

  • Supplement

  • Dumbbells

  • Jalur rintangan

  • Gear lari

 

Cergas Bersami Kami Hari Ini!